Wednesday, September 14, 2011

Luahan Hati Seorang wanita......


Kekadang die sering menyembunyikan rasa sakit yang teramat sangat pada seseorang yang amat di sayanginya sehingga menitiskan airmatanya namun kita tidak melihatnya...kerana tangisannya dalam senyap...menangisnya di dalam hatinya...

Deritanya sukar untuk di fahami kerana die pandai memainkan watak lakonan bagi menyembunyikan kesedihan di sebalik terukirnya senyuman di bibirnya... 

Kerana bagiku " menangis tanpa di ketahui sesiapa lebih baik dari menangis di hadapan sahabat yang lain"

 Ini kerana pabila seseorang menangis di hadapan sahabatnya pelbagai tanggapan dan pandangan akan di lemparkan..... Almaklumlah kita hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari pelbagai tanggapan dan tohmahan manusia... Kita juga manusia biasa....

Dan di kala kita mampu melihat airmatanya mengalir.. amat perit sebenarnye penderitaan yang di tanggungnya.. seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana sering menahan dari mengalirkan air mata...
Bimbing la ia dan tenangkanlah hatinya... 

Di saat menitis air matanya..hendaklah kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.... buatlah hatinye gembira..di kala die menrima kata-katamu itu sebagai pemangkin semangat dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi serta menjaganya lantas dia akan menggengam erat tanganmu....dan tidak akan melepaskannya.....

Jika dia jarang mengatakan kerinduan di hatimya,  janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu di hatinya terhadapmu...kerana dia sering mengharapkan dan memberi kamu ruang untuk menyatakannya terlebih dahulu kearan hatinya amat berbunga-bunga jika seorang yang di cintainya mengucapkan kerinduan kepadanya..

Apabila dia menucapkan rindu,  bermakna dia benar2 merinduimu... pabila berjauhan denganmu..bayanganmu akan selalu bermain di mata dan mindanya..tatkala sehingga die tidak boleh melakukan kerjanya kerana rindukan orang yang di sayanginya....

Pabila dia mengatakan lelaki itu lebih baik dari kamu, janganlah mudah untuk mempercayai kata-katanya kerana dia hanya  mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.... walaupun pada pandangan nya kamu adalah yang terbaik untuk dirinya... Selagi dia bersama kamu..percayalah bahawa kamu adalah yang terbaik di hatinya walaupun masih ramai yang lebih baik darimu di luar sana......

kekadang kedegilannya menguasai diri.... bukan bermaksud untuk menyakiti dan menyusahkan kamu tetapi die mahu lihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan karenahnya.. Percayalah... hati perempuan amat lembut.. dan jika hatinya keras..andai kena dengan caranya..jangan terkejut kalau akhirnya die menukar fikirannya dalam masa sesaat.....

Bak kata orang tua2.. sekeras-keras hati seseorang perempuan itu ia mampu cair dengan kasih sayang dari pemujanya... tidak semestinya hati yang keras tidak di lenturkan tetapi mestilah kene dengan caranya.....asalkan menghormati pendiriannya....

Sekali perempuan itu telah menyerahkan hatinya, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya... Akan mengambil masa yang lama untuk di pulihkan dan menerima kehadiran yang baru... Setiap luka dan parut di hatinya tidak pernah luntur selagi pengubat hatinya tidak hadir walaupun di riak mukanya tergambar kegembiraan...kerana itulah hati wanita............



!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

0 Corat Coret:

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura