Wednesday, September 14, 2011

Aku Hanyalah Manusia Biasa....


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."



Aku tak nak di pandang cantik oleh lelaki biarlah aku hanya cantik di mataMu...
Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki sedangkan aku hanya wanita biasa...
Apa gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikMu sorang...

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan seolah-olah barang yang boleh dimiliki sesuka hati..
Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang di kecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan...

kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.... Ini kerana Allah telah menjanjikan peremyang baik untuk lelaki yang baik..... Tetapi aku bukannya sebaik mana tetapi aku berharap aku temui seseorang yang boleh membimbing aku ke arah kebaikan...

Aku juga seperti wanita2 lain yang mempunyai perasaan untuk menyayangi dan di sayangi..... Namun setiap kali perasaan itu hadir.. aku sering nafikan kerana perasaan itu hadir pada orang yang telah di miliki....

ketika seseorang cuba melamarku hatiku resah dan aku sedar bahawa aku akan melukakan hatinya.. aku bukan sengaja untuk menolak lamarannya tapi gerak hatiku mengatakan bahawa lelaki itu bukan teman hidupku kelak.. aku bukan seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.. siapalah aku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sekadar sebutir pasir yang wujud di mana2 sahaja.


Tetapi aku jua punyai keinginan seperti wanita lain yang ingin di lamar lelaki yang bakal dan sanggup memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Andainya kaulah jodohku Allah pasti kaan menanamkan rasa cinta dalam hatiku juga hatimu.. cuma satu sahaja pintaku serahkan la diri mu pada mencari redha Illahi kerana aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu....

Yang dicari bukan putera raja tetapi biarlah yang beragama...
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa asalkan sedap mata memandang...
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani..asalkan sihat rohani dan hati....
Yang diharap bukan jihad pada semangat, asalkan perjuangannya ada matlamat..
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad nikah dan janji setia..
Dan yang akan terjadi andai tidak sama dengan kehendak hati...
InsyaAllah ak redha dengan ketetapan Illahi...


Wahai wanita selaku bidadari dunia.... aku ingatkan dirimu dan diriku..peliharalah kesucianmu...semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini....

Aku juga gadis biasa yang banyak buat silap dan salah serta banyak melukakan hati manusia lain.... aku berharap aku berubah sedikit demi sedikit menuju ke jalan yang di redhaiNya...InsyaAllah....Oh tuhan tunjukkanlah ku jalan dalam menghadapi kehidupan ini......




!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

0 Corat Coret:

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura