Saturday, September 17, 2011

Jual Mahal???





" Jual Mahal" ungkapan yang selalu aku dengar bila seseorang perempuan itu tidak memberi tindakan balas terhadap layanan atau ajakan lelaki..... 

Adakah patut ungkapan tersebut di utarakan tanpa mengenal keperibadian si gadis??? Mengapa sering ungkapan tersebut di utarakan... Adil ke???

Perlukah ada Jual mahal dalam kehidupan manusia...setahu aku hanya barang sahaja yang boleh di kaitkan dengan mahal atau murah..

Mungkin ada sebab si gadis tidak melayan atau membalas ajakan si lelaki.... mungkin malu... sukar untuk bermesra dengan orang yang tidak dikenali... dan sebagainya...

Setiap orang ada pandangan dan cara yang berbeza... Bagi aku hormatilah setiap pendirian seseorang itu asalkan ia tidak memberi kesan buruk terhadap kita dan jangan la mudah melatah atau menuduh sembarangan tanpa usul periksa... Ini kerana kita mahukan orang untuk memahami pendirian kita tetapi mengapa kita tidak cuba untuk memahami pendirian orang di sekeliling kita....



!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

0 Corat Coret:

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura