Wednesday, July 09, 2014

Opsss HB rendah...

 
 
 
 
08.07.2014 g la checkup seperti biase n Alhamdulillah genap gak 11 hari ak bertahan untuk berpuasa... usi kandungan 5bulan+++ leh lak hb darah turun adehhh.... walaupun hb 10.5 nurse dah start bebel.. mulela bagi obimin macam bese n ubat tambah darah.... Aku pe lagi serach la makanan yang boleh tambah darah.. Alhamdulillah akhirnye jumpe.. so tak la bergantung sagt dengan pil semata2..
Bile bace risiko tekanan darah rendah mulela risau gak.. walaupun ade yang cakap 10.5 tu ok lagi.. mybe sbb ak pose kot.. ni nak share info yang ak dapat sekdar berkongsi maklumat....

RISIKO HB RENDAH:

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
 
KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL DAN KESAN PADA BAYI JIKA HB RENDAH:

Kandungan Kurang Dari 5 Bulan

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan ke 7 Bulan
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
 
 Makanan yang sesuai untuk tambah darah.. banyak rupenye.. leh la bertukar2 menu.... tak la jemu tekak makan menu yang same huhu
 
so pe lagi.... 
jom amalkan... 
(*_*)

!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura