Thursday, December 29, 2011

Kajian 31 Kejadian 2012 Berlandaskan Al-Quran



Berkongsi maklumat yang bermanfaat utk semua...

Ali Adam yang membuat kajian tentang surah ar_Rahmaan ini menegaskan, beliau bukan meramal tentang hari kiamat. Kajian beliau tertumpu kepada hubungan nombor perdana di dalam al-Quran. Dalam kajian itu beliau menemui kemungkinan berlaku 31 peristiwa dalam 2012 yang menggemparkan dunia didalam surah ar-Rahmaan.

Hanya Allah sahajalah mengetahui bila kiamat;

Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Nahl 16:77)

Walau bagaimanapun kebanyakan tanda2 kecil dan tanda2 besar kiamat sudah ada yang muncul; boleh rujuk buku 40 hadis tanda kiamat.

Nombor Perdana adalah Kuncinya
Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;

13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77
dan jumlahnya

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).

Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah Peristiwa Itu?

Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟


فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ

But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel;  it is prepared for the unbelievers.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:


بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ


فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.


" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.



ingin mengetahui dengan lebih lanjut click (^_^)
sekadar berkongsi yang bermanfaat untuk semua... jangan terlalu percaya takut terlalu taksub... ape yang berlaku hanye di ketahui oleh Allah sahaja... walaupun peristiwa ini berlaku atau tidak kite perlu sentiase beringat....

*** mengingati unk dii ini sekali...


!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Monday, December 26, 2011

Aduhai Haty




Entah kenape bile ader yang kata sayang...
masih lagi boleh di percayai..

Bile kau kate kau rindu..
Aku masih juge boleh untuk mempercayai..

tetapi..

Bila kau kata kau jujur dah setia...
tidak tahu mengapa...
hati ini sukar untuk menerimanye...

bukan niat nak menyakiti...
tetapi sekadar berhati-hati...
bukan takut untuk meneliti...
tetapi serik untuk di sakiti...

Bukan niat untuk menarik diri..
apatah lagi menolak pemberi haty...
tapi hati masih terkunci....
mencari ruang untuk mengisi...

Adakah ini semua permainan haty....????
atau..
sekadar mainan ilusi???

***kenape la aku malam ni... memerlukan terapi haty kot.... tibe2 terkeluar lak ayat2 ni...maaf sape y berkenaan... msih lagi d belenggu fobia silam..em.....



!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Sunday, December 25, 2011

Ape Yang Best Sangat Ngan Mat Afrika Ni?




Malam tadi bace terbace bite ni... kadang2 tak faham ape yang bestnye MAT AFRIKA ni sampai ramai sangat pempuan hayut entah ke mane.. pas2 menyesal n meratap... bukan tak kesian... kesian gak tapi geram sape suruh cari penyakit.. ramai lagi kaum adam kat Malaysia ni..Islam lgi... bleh di jadikan Imam lagi... tapi kerane d tabur duit n gune ayat yang tah pape unk mengayat dh cair n terus je ikut ape yang di suruh...

dah lame nak wat tentang ni tapi malas... tapi ari ni terpanggil nak wat topik ni sebab ni bukan kes pertama atau ke 2 jadi kat kaum aku sendiri.... banyak kali... ni baru kes macam ni lum lagi keldai dadah...

bangunla wahai kaum hawa kalo terlalu inginkan kemewahan dunia byk care lain lagi yang boleh di buat... dah banyak pengajaran yang kite dah nampak yang terpapar kat akbar..majalah...berite boleh di jadikan ikhtibar.. tapi sume bace tutup mate...buke la minda untuk brfikir...

bukan nak salahkan sape tapi ntahla.... terlalu mengejar duniawi baru bagi kemewahan cikit terus lalai n ters terseksa... pilihla jalan yang betul.... kalo menagis n menyesal skrg x gune... harap bite kali ni di ambil sebagai iktibar..... 
em...sedih ble kejadian seperti ini sentiase berulang.......

'buat sesuatu  bukalah hati dan minda jangan berlandaskan hati semata-mata'


****pesanan untuk diri ini gak.... harap di jauhkan... amin.....

!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Friday, December 23, 2011

Hari Yang Penuh Tanda Tanye???






bila hati sedang marah, hal yang remeh di anggap susah, kesilapan sedikit pun ditengking dijerkah, si pendengar berhati kecil berwajah tabah, sedikit pun tak tersuara kesal atau gundah, namun di hati siapa menduga ia terasa sedang diratah..

jangan mengikut emosi sendiri, perasaan insan lain diketepi, bukankah sabar itu lebih bererti, lawan sedikit nafsu amarah yang menyala di hati, jangan biar kemenangan berpihak kepada iblis dan syaitan yang sentiasa mencuri peluang untuk menguasai

''orang kata sedih dan gembire adalah keseimbangan hidup..
kegembiraan adalah satu rahmat..
kesedihan pula adalah suatu nikmat..
Jike tiada ksedihan..
tiadalah kegembiraan..
semua ini adalah ketentuan Tuhan dan tempuhinye dengan keredhaan dan kesabaran''


Manusia memang selalu alpa dengan kehidupan dan ke angkuhan dunia sehingga lupe pada kerendahan diri... sering perkatakan tentang maruah diri tapi dalam keadaan yang tidak sedar kite telah menjatuhkan maruah dan memfitnah orang lain...

adilkah bagi orang yang terkena semburan beracun sedemikian??? terutama pada mangse keadaan yang tak tahu ape2 dan cube untuk menyelamatkan keadaan terkena sekali... em manusia2... harap tak terlibat atau tak menjadi seperti orang sedemikian kerana sikap sedemikian menyebab ramai orang sakit hati dan mengeruhkan suasana dan perhubungan persahabatan..

''jangan sesekali dan mudah menuduh orang menjatuhkan maruah kite sedangkan kite yang menjatuhkan maruah diri sendiri''


**teruji gak kesabaran pasal petang tadi...tq kawan2 yang cube backup hehehe... (^_^)



!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Kisah Hidup Wardina










suke sangat ngan video ni sebab ia mendorong aku untuk berubah ke arah yang lebih baik....
jom dengar same2....







******jike ingin berubah untuk menjadi lebih baik seikhlas hati Allah akan utuskan orang yang baik untuk kite*****


!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Wednesday, December 21, 2011

Duit Baru




Duit Baru Tahun Depan.... Pape pun Kite Tunggu Dan Lihat K...
conth duit ni pun dapat dari sahabat2 y lain...
so leh la simpn duit y kite gne skrg ni untuk wat kenangan unk hari kite tua nnt k...
(^_^)










!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Manusia Ke Ni?? em...........









selamat petang.. sebenarnye malas nak post pape dalam seminggu ni sbb banyak keje tapi terbace lak 1 blog ni cite pasal kemanusian...
tak tahu la masyarakat @ manusia ni dah tak de perasaan seperti makhluk bername manusia ataupun tidak..
baru2 ni kite di gemparkan dengan kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang budak di china dan pembunuhan seorg gadis dengan 20 tikaman di badan yang berlaku di HADAPAN makhluk yang bernama MANUSIA yang di kurniakan sifat berperikemanusiaan..






ni lak sanggup membiarkan baby menangis sambil mengejutkan ibunye yang pengsan sambil di lihat sahaja oleh orang sekeliling..
sedih sangat tengok manusi yang bersikp macam ni....

sumber : azizul hakim



!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Monday, December 19, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!


dengarla wahai sahabat.... first time jumpe penceramah macam ni....
terus boleh wat kite beringat...
sayu je...

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri ini, merenung jauh mereka dari sana hidup penuh keseronokkan dan kegembiraa, namun masih tak sedarkah kite tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar??
Dr.Maza






!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Tak Semestinya..





tak semetinye ape yang di bayangkan
same dengan reality...

tak semestinye kate suke
akan memiliki..

tak semestnye teringat kisah lame
nak kembali ke kisah lame..

tak semestinye memaafi
akan kembali ke sisi...

tak semestinye senyuman di bibir
same dengan senyuman haty...

tak semestinye kawan
dielah teman hidup kite..

tak semestinye dah tunang
dielah suami kite....



**** nak menulis tapi...........sedang berusaha merawat segalanye..


!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

selalu ada-aiman ft heliza


lagu ni pun best tapi.......tak tujukan kat sape2...
cume sweet sgt...



(Aiman)
Dari dulu,
tanpa jemu hanya satu,
dalam rindu..

(Heliza)
Hari-hari kumenanti,
dengan erti mengasihi..

(Aiman)
henur waktu yang berliku,
masih mahu bersamamu..

(Heliza)
Memahami,mengenali,
tiada lagi menyendiri…

c/o(Aiman / Heliza)
Kau selalu ada, tika gelisah,
kau beri senyuman, bila kuresah,
kau janji setia, setiap kisah,
hingga berjauhan, tetap di wajah..

Dan..terindah

(Aiman)
Seringkali takkan pergi,
silih ganti,teman ini

(Heliza)
Mula temu,malu mahu..
musim lalu,kita pilu

(Aiman)
Percayai tak mungkiri..
demi suci tulus hati..

(Heliza)
Sinar bayu, menyisir sayu..
kepadamu,dariku..

ulang c/o

Terima apa saja bezanya semua kita..
kebenaran kejujuran…

ulang c/o(2x)

Kau selalu ada
selalu ada..woo..ada kita..





!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Kau Selamanya - Heliza Helmi


best gak layan lagu ni...



Aku amat sayang kamu
Dari dulu hingga kini
Tak berubah ku terlena keranamu

Walau apa pun terjadi
Aku setia menyanyangi
Diri kamu kan berada di hatiku

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Terimalah diriku seadanya sederhana
Ku berserah kepadamu Ya Ilahi

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu




!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Sunday, December 18, 2011

Rintihan Haty







"semakin kite bertengkar kite semakin mengenali....
semakin kite menyakiti semakin kite cintai...
semakin kite menjauhi..semakin merindui..
dan semakin mencintai...
namun apepun jua yan berlaku jangan biarkan mereka yang membenci merase bhagia melihatmu kesedihan dan lemah di kala kesusahan.."


entah bile atie ni nak berubah dan mule untuk mempercayai orang lain... kepercayaan yang telah lame bersemi akhirnye punah berkecai bergitu sahaja... perlukah ia di ganti dengan yang baru.. mengapa begitu sukar untuk membina hati yang baru walaupun sedang berusaha untuk melakukannye... tak perlu untuk sesiapa paham atie ni cukup la hanye aku sahaje yang memahami kehendak atie ni sebenarnye... walaupun luke telah lame berlaku namun calar dan bisenye seperti semalam bertalu...

mungkin belum jumpe penyembuh hati... semakin kite memakse dan cube untuk mempercayai semakin dalam luke di berikan... senyuman yang terukir di bibir sekadar pengubat ataupun madu di kala kesakitan... di kala hati merintih kesakitan tiada sape yang tahu. hanye Allah pengubat segala kesakitan... tak pe la mungkin aku terpilih di antara yang terpilih untuk mengetahui makne sebenar kehidupan dunia ini....

bayang-bayang juge akan pergi bile gelap, jangan pernah berharap pada sesiapa mahupun apa-apa... hanye Dia sahaja tak pernah meninggalkan walau gelap atau terang..Insyaallah.. hanye kite sahaje yag serig meninggalkanNya....


****kepercayaan ibarat kertas, bila sekali direnyuk, takkan boleh jadi seperti sediakala****


****** tutup matamu dan berehatlah dalam tidurmu. Jangan risau, ALLAH tetap juga bersamamu walau dalam jaga atau lena. try to thinking positive in my life....
 Selamat malam (^_^)



!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Saturday, December 17, 2011

Kecatikkan Bukan Untuk di Pertandingkan..Setuju????


Gambar memberikan segala persoalan dan jawapan...
(^_^)






!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah







hati ni respek sangat ngan pengakuan pengasas sendayu tinggi ni.... hari ni 2 artikel copy paste..sebab leh jadi panduan kepada muslimah yang belum membace...
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus”  – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak  (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah)  dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
p/s : Bukalah minda kalian muslimah.... betapa kerdilnye kite kat muke bumi ini.. harta tak kan boleh di bawa ke akhirat... peringatan untuk diri ini dan juge muslimah lain... leh terbce lak sambil wat kje huhu

sumber : ohmedia


!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Cara Cuci Kencing Dengan Betul




Morning... tengok tajuk je macam kasar n tak sopan je kan bahase yang aku gunekan... tapi tak pe la sekadar untuk menarik perhatian korang bace je.. sbb fakta ni bermanfaat untuk sume yang beragama Islam...
Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.
Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.
****** ingat ni wahai adam "Jangan kencing berdiri!"
Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.
Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.
Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”
Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.
Wassalam
Dr. Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam


selamat membace dan mengamalkannnye...
(^_^) 

sumber : jalanakhirat


!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura