Saturday, September 17, 2011

Hebatnya Wanita Dalam Cinta

Indahnya cinta jika bersulamkan keikhlasan..Moleknya cinta andai setia yang di pertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila.. Namun panas yang di harapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun di tengah hari.....



Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati.



Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga dan hati pasangan.

Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Ini kerana wang ringgit bukan ukuran tahap kebahagiaan seorang insan......

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung... ikatan kekeluargaan tetap erat walaupun mereka hidup menderita dan melarat kerana tidak mempunyai wang yang cukup... Ini dapat di buktikan bahawa mereka hidup dengan kasih sayang..Itulah yang menyebabkan iakatan kekeluargaan berkekalan hingga ke akhir hayat....


!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

0 Corat Coret:

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura