Tuesday, September 13, 2011

Hargailah Dia........




Janganlah kamu memberikan pengharapan kepada seseorang yang mulai menyayangi kamu jika bukan dia pilihan hatimu
kerana die akan mungkin terluka dengan perbuatan dan kenangan bersamamu..


Janganlah
kamu terlalu mengharap terhadap sebuah hubungan yang tidak pasti milikmu...
kerana jika kehilangannya amat memedihkan dan menyakitkan...


Jika hati kamu telah dimiliki...
terimalah die seadanya..
tetapi janganlah kamu terlalu mengaguminya 
kerana
jika die melakukan sedikit kesilapan ia boleh manggoncang hubungan yang sedang tenang...


Jika hatimu telah terusik dengan seseorang..
yang boleh menjadi teman hidupmu sepanjang hayat..
janganla kamu menoleh yang lain untuk mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangan permata yang di cari..


Janganlah kita terlalu mengejar kesempurnaan yang tak mungkin akan kita dapat di dunia ini..
kerana faktor kebahagiaan yang sempurna adalah belajar untuk menghargai setiap apa yang kita miliki....


' hidup ini tiada yang abadi...yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti'
tetapi ingatla yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi.....



!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

0 Corat Coret:

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura