Thursday, September 15, 2011

Ku Pendam Seribu Rahsia


Cinta yang ikhlas teserlah daripada pengorbanan dan tindakan seseorang bukan sahaja semata-mata dengan perasaan. Cinta yang suci hadir pabila mendoakan yang terbaik untuk insan yang di sayangi walaupun dia bukan milik kita..

Mengapa masih mengharap kisah lalu berulang kembali sedangkan kita sudah melepaskan ia pergi begitu sahaja tanpa kita sedari... Jika kita masih di beri peluang untuk kembali ke masa lalu pasti takkan ku melepaskannya pergi begitu sahaja... Tapi..telah tertulis segala-galanya...


Kini dikau kembali.. memberikan penghargaan atas segala perasaanku dahulu.. tidak sangka dahulu aku tidak bertepuk sebelah tangan...tapi mengapa kini baru terbongkar semua rahsia hati setelah hati mu telah dimiliki.. Tidak dapat di nafikan  hati ini sering terusik mendengar kata cintamu tetapi hati ini amat berat untuk meluahkannya..bukan malu atau takut tetapi untuk mengundur diri bagi menjaga kebahagiaan orang lain...


Jauh di sudut hati ini tersimpan satu perasaan yang sukar untuk di tafsirkan...dan..Ku tahu jauh di sudut hatinya masih tersimpan seribu rahsia... Dan biarlah rahsia hati itu menjadi rahsia yang terpendam tanpa di ketahui oleh sesiapa untuk kebahagiaan orang lain...


Kini aku hampir terleka dengan di buai mimpi-mimpi indah yang tidak pasti apa kesudahannya... Pabila aku sedar dari mimpi dan kini berpijak di bumi yang nyata amat sukar untuk aku menafikan segala rasa hati... Bukan menyesali perkara yang lepas namun semakin kita menjauhi dan menafikannya semakin kuat perasaan dan kenangan itu hadir dalam hidup kita...

Kini ku cuba untuk menerima segala ketentuanNya... setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat dan tersurat...Walaupun berulang kali di duga dan di uji... telah tersurat bahawa kita hanya boleh melihat dari jauh insan yang kita dambakan dimiliki oleh insan yang berhak memilikinya.... Telah tertulis bukan dirinya menjadi teman hidup kita.... Redha atas segala ketentuanNya...

!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

0 Corat Coret:

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura