Wednesday, September 14, 2011

Kesetiaan.........



Sekadar untuk berkongsi di sebalik cerita sepasang burung bagi mengenal erti kesetiaan...jika haiwan boleh setia manusia pun boleh...... sekadar untuk berkongsi maklumat yang saya dapat...... Harap cerita ini leh kita renungkan sejenak dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa....

Burung betina ini tak berdaya kerana di langgar oleh kereta di Perancis kerana terbang terlalu rendah.  Dia meminta pertolongan dan berharap sang jantan akan menolongnya.


Sang jantan berusaha menolong, tetapi dia tidak membawa sang betina. Pertolongan yang diberikan hanyalah memberikan makanan dan minuman. Beberapa kali dengan penuh cinta, sang jantan membawakan kekasihnya makanan dan minuman dari mulutnya.

Lagi, ia membawakan makanan tetapi sang betina sudah tidak memberikan respon, kepalanya terkulai dan matanya terpejam. Jantan itu mencuba mengerakkan tubuh pasangannya untuk memastikan apa yang terjadi…. dan akhirnya pasangan nya sudah tidak bernyawa lagi...


Sang jantan cuba menjerit2 untuk megejutkan si betina walaupun dia tahu bahawa pasangannya sudah tiada lagi


Setelah sang kekasih meninggal dia tidak dapat apa2. Sang jantan dengan penuh kesetiaan hanya menunggu jasad sang kekasih di situ dalam masa yang lama

!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

0 Corat Coret:

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura