Saturday, September 17, 2011

Diam Tak Bermakna Salah




Bagaimanakah kita berhadapan dengan suasana tegang atau panas dengan kawan-kawan? Memang tak dapat dinafikan perkara sebegini tetap akan terjadi dalam sedar atau tidak sedar. Bagi mereka yang berfikiran matang dan professional perkara kecil pasti tidak akan dijadikan suatu intipati sebagai suatu permusuhan dan pertelingkahan.

Jika sedar diri kita masih lagi dalam lingkungan kejahilan , maka berusahalah mencari apa yang perlu kita ketahui dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal demikian. Islam menyukai jika seseorang itu mengambil langkah untuk berdiam. Diam bukan ertinya kalah. Mengalah atau mengelak terjadinya pergaduhan itu lebih baik, walaupun kita dalam keadaan benar. 

Kalau orang kutuk kita atau wat kita marah, kita akan rasa geram dan ada yang sampai berdendam.. Rasa macam nak balas balik je apa yang orang dah buat kat kita. Kadang2 sampai bertumbuk, bermasam muka.

Sebenarnya, memang kita puas bila boleh balas baik. Tapi lebih baik dan lebih menang pabila kita balas dengan senyuman atau berdiam sahaja. Aku juga manusia biasa yang penuh dengan kesilapan lalu... punya perasaan maarh dan ada gak munculnya perasaan dendam.... tetapi dengan diam dan tidak terlalu fikirkan perkara yang orang lain perkatakan akan wat kita lagi tenang dan biarlah ia berlalu pergi begitu sahaja.....
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam... Jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa... Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan di balas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji...

Hidup tidak boleh berlandaskan perasaan hati yang kadangakal boleh menjanamkan diri sendiri.. perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan lebih baik berlandaskan kenyataan...


Cuma 1 sahaja kita mesti yakin pada diri dan tidak mudah terikut dan melatah bila orang cakap diam kita bererti kalah.... sebab biasanya yang diam itulah yang pemenang... 




!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

0 Corat Coret:

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura