Wednesday, March 21, 2012

kes yang paling memalukan!!! Gadis hilang di Kuantan mengaku tidak diculik: Polis


selamat malam sume...

Hari ni tibe2 jerk nak tulis pasal isu penculikan baru-baru ni... mula2 kita di gemparkan dengan kes penculikan arwah adik dirang yang telah di culik, bunuh dan bakar. lepas 2 di gemparkan lagi pulak tentang penculikan seorang gadis berusia 15 tahun.. meh bace brite harian hari ni 21hb 03 2012.

Gadis hilang di Kuantan mengaku tidak diculik: Polis
2012/03/21

KUANTAN: Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami. 
"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lalu. 

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya. 

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa. 

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini. 
"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya. 

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu. 

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - BERNAMA



Ish geram betul la bile bace bite ni.. bende2 cam ni pun leh wat main2 ke.. tak de otak ke pe... memalukan kaum pempuan kat dunia ni je...ala dik oi g la blaja sampai habis dik... bende2 cam ni jangan la di wat main.. tak pikir ke maruah family dik oiiii.... mane family nak letak muke... umo baru je 15 tahun tak yah la nak gedik n gatal sangat.. tak tentu lagi laki 2 nak kwin ngn awk dik... em.... aku yang bce ni pun germ..yang ader kaitan ngan die tah cam ne..... bukan menyusahkan family je tapi 1 malaysia ko susahkan sebab kesian kat family ko n takut nak kuar umah dik...em... dah polis 2 banyak kje lagi pas2 nak layan kes ko yang tah pape... insaflah... harap kes cam ni leh wat pengajaran... betul2 memalukan..


!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

3 Corat Coret:

missp0tpet said...

aiseyyy.... =.=

Inn said...

nak je aku sepak kalo jummpa budak tu !huhh sangat2 menyusahkan orang ! langsung x pikir perasaan mak ayah...semoga ada ruang keinsafan buat dirinya itu...aminnn

Anonymous said...

ramai orang suke salahkan makbapak..tapi senarnyer..salahkan jugak anak2..seteruk mana mak bapak pon dah tentu dari kecik diorang yang bagi susu, makan, duit....emm dunia. :)dr..tukang skodeng :p

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura