Cita2 dan tujuan kita satu utk menuju ke penamat yg paling menggembirakan. Namun di dlm perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan dimiliki lain. Tetapi tak usahlah kecewa, walau hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi...
Dalam kehidupan kita ini serin kita beri pelbagai pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan. Seiring saja kita terasa ada kesilapan dlm mencari sesuatu yg diinginkan. Kadang2 kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan...
Mana mungkin kita dpt undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yg terbaik seolah kita mampu mengubahnya. Mampu utk mencoraknya sesuai dgn kemahuan kita. Tidak percayakah kita pada Rukun Iman dan percaya pada Qada & Qadar...
Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu. Kadang2 kesilapannya dlm memilih satu keputusan yg berat telah mengubah masa hidupnya. Kadang2 hanya kesilapan kecil sahaja telah merubah segala hidupnya. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu kerana setiap manusia akan melakukan kesilapan sama ada yang di sengajakan ataupun tidak.....
Yang mana kini, kita berdiri sekarang adalah dlm realiti bukan fantasi. Bukan dlm bayang2 sendiri. Manusia yg takutkan realiti yg kini tempatnya berdiri umpama seorang yg tiada pegangan diri dlm mengejar impian... aku juga penah merasainya.......
Berhentilah menangisi sesuatu suratan yg berlalu. Pasti ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui masa depan... walaupun memang susah untuk melupakan tapi tetap berusaha untuk melupakan...
Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh. Namun apapun kesulitan tersebut hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahawa Allah menguji kita dgn sesuatu yg kita kerjakan dan fikirkan dlm hidup di dunia. Ini adalah kenyataan yg sangat penting yg seharusnya tidak pernah kita lupakan walaupun seketika...
Hadapilah dgn senyuman. Walau di dlm masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang-kurangnya kita masih ada iman. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya. Kita hanya merancang. Tapi sebaik-baik perancang hanyalah Allah SWT...
Kadang2 kesakitan sangat tidak tertahan dan amat memaksa berpura2 mempamerkan satu wajah riang dan senyuman yg seolah iklas utk menyembunyikan perasaan yg pedih dan hancur. Siapalah yg tahu isi hati yg dilanda kekecewaan. Namun semua itu anyalah sementara dan mainan perasaan. Dan biarlah masa yg menghukumnya...
Hadapilah ia dengan senyuman kerana SENYUMANMU MASIH LAGI BERHARGA walaupun hati kita pahit untuk meluahkannya......
3 Corat Coret:
entry nasihat yang sangat bagus. nice.
Datang sni nak baca entry pertama awak :D *Selamat berkenalan...
entry panjang n penuh pengisian..:)
Post a Comment