Saturday, September 17, 2011

Wanita Yang Indah....


"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa"



Tahukah kalian pandangan wanita sungguh mahal di mata lelaki.... tetapi mengapa masih ramai yang tidak menyedari??? dirimu terlalu agung dimata lelaki dan terlalu mulia di sisi penciptamu..Tanpa kita sedari sebenarnya menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum manapun wangian kasturi tidak mampu tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah lakumu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tutur katamu.

Duhai wanita.. Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat dari bongkah-bongkah batu yang besar, namun setiap dugaan dan cabaran kau tepis dengan penuh sabar..tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga mengheretmu ke kancah yang penuh onak dan duri... Percayalah para wanita sekalian, akan datang bahagia di akhir kesengsaraan jika kesabaran menjadi pagar dirimu..


Wahai wanita.... terima sajalah makian yang menimpa akibat halilintar yang singgah di cupingmu.. terimalah ia dengan senyuman yang mengajarmu memahami erti kesabaran.. Percayalah pasti akan menerima berita manis setelah segunung kesabaranmu yang tidak pernah luntur.


Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tiada gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin dapat di pikul.




Andainya kamu tersungkur..pegangla kata-kata ini... " kau sebenarnya tidaka akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".


Wanita, biarlah tawadukmu lebih menggunung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jadikanlah agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapisan sifat mahmudah...... Jadilah wanita yana paling bahagia.



!!Terima Kasih Sebab Sudi Baca....Jangan Lupe Komen Dan Like ye!!

0 Corat Coret:

Copyright @ segala penulisan adalah hak milik cik zura